
“Sabda Rasulullah s.a.w: Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang soleh, jika sekiranya ia terlupa (lalai) ia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya”
Satu hari..
Jua : Nadd, tolong!.kaki aku krem.
Nadd : Hah…! kenapa plak dengan kau ni ?
Jua : Aku pun tak tau. Aku ingat sakit biase je. Tapi..., ni sampai dah tak boleh jalan
langsung. Tadi time nak solat, aku terpaksa minta tolong Amin (Aminah) papah aku. At last, dia syorkan aku wuduk kat bilik guna baldi je. mm, tak bleh wat ape lagi dah…tu je la jalan yang terbaik untuk mengelak dari menyusahkan orang.huhuhu
Nadd : Ciannye dia…emm, kalau camtu aku hantar kau pergi hospital je la. Kite minta
doktor potong terus je kaki tu.abis cerita.hihihi
Jua : Banyak la ang! Aku tengah sakit-sakit ni bolehnya kau wat lawak lagi..
Nadd : Upss! Sori..ok2 jom kite pergi cek kaki tu. Kite ajak Ati sekali la ek..
di hospital..
Ati : Jua, kau naik ni ye?
Jua : Haaah! Kerusi roda ni? tengah ramai orang la.malu aku macam ni..
Nadd : Naik je la.., tak kan kau nak terenjut2 jugak kat hospital ni. Eee, lagi malu..
Jua : Ok la..coz kaki aku yang satu lagi ni pun macam sama2 nak krem jugak ..
Nadd : Wah..mantapnya ukhwah kaki kau.
Jua : Korang tolong cover aku tau. Ya Allah, hijabkanlah pandangan mereka daripada
melihatku. Hanya kepada Engkau sahaja ku memohon segala hajat.
( Ketika itu, ramai budak sekolah sedang melepak kat pintu depan hospital ).
Semasa menunggu di depan bilik rawatan.
Nadd : Huh! lamanya doktor ni.. Dah setengah jam tak panggil2 lagi ni. Bukannya
ramai pesakit pun petang-petang ni. Ape la yang dibuatnya tu gaknya ? Jom kite
intai doktor tu nak ?
Jua : Eh, jangan nak cari pasal la, dok diam2 sudah...
Tiba-tiba…
Jua : Korang tolong! kaki aku dah makin sakit ni.agak2
boleh tak kalau aku landing jap kat wad sane tu. Dah krem abis ni..
Ati : Ah! jangan merepek. Baru dicoba sikit, dah banyak cakap die ni. Wei, boringla
tunggu cni lame2. Haa…apa kate aku ambik gambar kau jap Jua. Bukan senang
nak dapat tengok kau camni..
Jua : Kureng..
Setelah hampir setengah jam menunggu, akhirnya Jua dipanggil masuk..
Pulang dari hospital…
Jua : Camne ni nak jalan p bilik? rugi tadi tak pinjam kerusi roda hospital..
Ati : Pandai la kau.suke2 die je. Jap, bagi aku fikir... Haa..! Jua, ko tunggu aku kat
sini jap. Aku pergi ambil kerusi mak guard tu.
Jua : Ape??? Ko nak bawa aku guna kerusi plastik tuh! Dah la lembik kerusi tuh!
Bahaya la wei, tak pasal2 pecah.
Nadd :.Iyela..takkan kau nak merangkak kot? Macam Juon nanti. Kite tawakkal la..
Jua : Emm..Baik bos !
Nadd : Ok, sekarang aku jongkitkan kerusi nie dan kite tarik !!!!
Jua : Mak!!! Kau ingat ni main tarik pelepah kelapa ape?
Nadd : Hohoho…relaks la beb...
Di bilik, kelihatan Yan dan beberapa sahabat lain sedang menuggu Jua pulang dari hospital.
Jua : Assalamualaikum..Wah! ramainya orang. Terharunya aku..
Yan : Waalaikumussalam w.b.t. Emm..ape crite dengan kaki kau tu ?
Jua : Tak tau la. Doktor pun pelik tengok kaki aku ni. Nampak cam ok je. Kau tau, die
punye belek kaki aku cam nak perah kain basah je. Sabar betul dibuatnya..
Yan : Ha...wasilah dari Allah la tu agar kau dapat belajar lebih banyak bersabar.
Nadd : Betul tu Yan. Sebagai mukmin, kita kene la slalu husnuzon pada Allah.
Jua : Thanks korang cz selalu ingatkan kat aku tak kire masa. Insaf aku.
Tanggal 15 September tibalah hari yang dinanti2, setelah berabad lamenya kami menunggu. Akhirnya pertandingan memancing kembali lagi. Hooreyy!!!
Jua : Yan, camne ni esok. Aku tak prepare ape2 lagi.
Yan : Eh, kau bukan sakit kaki ke aritu?
Jua : Alhamdulillah..dah baik..berkat doa korang semua. Kau ni pun, bagi la aku can.
Yan : Hah, benarlah seperti yang dikata..sesungguhnya, doa untuk seorang teman itu
istimewa walau tanpa bayangnya...kehkeh. wei, dah ade umpan ke blom ?
Jua : Sudah. Malam tadi aku ada pesan kat orang.
Yan : Iye? kesiannya die..nak pancing punya pasal, orang tu pulak jadi mangsa.
Pada keesokkan hari..di tepi tasik Darul Quran.
Nadd : Yan, cuba kau tengok Jua tu. Semangat betul dia memancing.
Yan : Hahaha, mana tak semangatnya dia, johan bertahan memancing la katakan.
Nadd : Yan ape kabo dengan mata kail kau?
Yan : Alamak (Yan menjerit) mata kail aku…?
Nadd : Nape Yan???
Yan : Mata kail aku tersangkut kat rumput. Macammana ni, tolongla aku!!
Nadd : Alah..kau ni risau sangat! Tarik je la.
Yan : Kalau aku tarik, tercabutla mata kailnya. Camni tak dapat la memancing lagi.
Nadd : Habis tu takkan kau nak biar camtu je?
Yan : mm, iye la..
Nadd : Tarik sekuat hati Yan, tarik…!!!
Hahaha…(Yan dan Nadd ketawa sekuat hati), sementara itu Jua sedang asyik betul mencari2 ikan sehingga tak tau dengan nasib yang terjadi pada Yan.
Yan : Kau pandaila gelakkan aku punya, ape kabo dengan kau punya mata kail plak?
Nadd : Aku punye..aku punye tersangkut jugak..
Yan : Kat mane? itulah gelakkan orang lagi, kan dapat balasan. Akhirnya kau kena jua.
Nadd : Kat jubah aku! macam mane ni, tak boleh nak dicabut.
Yan : Fuh! Lagi dahsyat. Tak pernah lagi dibuat orang. Memang pecah
rekod dunia betul kau ni.. Alahai, nampaknya kite berdua senasib…Perghh, pandai gak mata kail tu cari tempat untuk bermustautin. hehehe
Nadd : Yan, camne ni? Boringla, mata kail dah takde. Jom kite bagi makan cengkerik ni
kat ikan. Kesian aku tengok ikan2 dalam tasik ni..macam kelaparan je..
Yan : Kau ni ok tak hari ni ? sudahlah kita tak pandai memancing, boleh pulak kau
ajak aku bagi cengkerik2 ni kat ikan. Kalau camni, gerenti kalah kita..haha
( Contohilah kami berdua, kerana tak sanggup dah tengok cengkerik tu menjadi umpan ikan.)
Di tengah2 kekhusyukkan Yan dan Nadd, tiba-tiba Jua muncul bersama-sama dengan jorannya yang telah habis di baham oleh ikan-ikan yang tak bermoral.
Jua : Korang buat ape ni? Ooo, patut la cengkerik aku cepat habis!
Yan : Err… kiteorang tengah bersedekah.. kiteorang nak
memperbanyakkan amal sebelum mati. Tak nak join ke?
Jua : Heee.. terover baik la pulak kawan2 aku ni.
Emm.. suka hati korang la. Lagipun masa pertandingan tinggal berapa minit je.
Nadd : Fuh! nasib baik kita tak kene marah teruk dengan dia. Pandai kau cover.hehehe
Yan : Nadd cuba kau tengok Jua tu. Banyak betul dia dapat ikan.
Nadd : Ha’ah, ye la… k, malam nanti kita tengok siapa yang akan menang. Adakah dia
dapat mengekalkan kejuaraannya sebagai juara bertahan?? tungguuu…